Tuesday, February 16, 2021

Welcome 3 series

 

Salam diari berhabuk,

        Tiba-tiba terdetik hati nak buka blogspot ni. Tengah berkhayal kekenyangan sebab pekena nasi lemak dua bungkus teringat nak singgah sekejap blog. Dah 2021 rupanya, update terakhir blog pun 5 tahun lepas. Agak lama dah berkulat dah blog ni, umur pun dah masuk 30. Alhamdullilah banyak sangat perkara berlaku dalam kehidupan dan masih kuat mengharungi cabaran hidup. Karier pun dah berubah, dari Business Development Exec ke Vet Assistant, kembali ke karier yang sepatutnya walaupun minat tu kurang sikit berbanding kerja dahulu. Tapi bukan senang nak cari kerja yang memang kena dengan minat sebab peluang tak banyak, iyelah dengan masalah ekonomi tahun 2017-2018 dan pandemik dari 2020 sampailah sekarang. But yeah, I still survived through all this. 


Hamba duit,

        Bila pilihan tak berapa nak ada, apa peluang yang ada terpaksa lah aku ambil. Bil-bil nak kena bayar dengan sewa rumah pun kena bayar. Semua perlukan wang, betul wang tak boleh bahagiakan kehidupan tapi hidup kena ada wang. So end up jadilah hamba duit. Tu belum cerita kalau nak dirikan rumah tangga lagilah nak pakai duit. Tapi aku tak fikir nak kahwin lagi la walaupun usia dah 30 ni, aku tak rasa bersedia lagi dan hati aku tak terbuka untuk sesiapa. Sukar sedikit, mungkin luka lama belum sembuh atau diri aku sendiri belum sedia nak mencari. Lagipun dengan keadaan dunia sekarang buat diri tersempit sedikit, macam aku katakanlah hamba duit. Menyesal juga tak belajar ilmu life financing ni, sangatlah penting rupanya tapi tak apa experience is the best teacher. Lebih baik terkena sekarang dari berlaku lepas umur 35 keatas, yang itu lagi bahaya. 


Hardship & future plan,

        Buat masa ni aku cuma fokus diri sendiri bagi aku itu jalan yang terbaik yang aku ada. Dengan cabaran yang sangat banyak ni aku lebih fokus selesaikan satu persatu, nak harung semua serentak bagi aku mustahil sebab diluar kemampuan diri. Aku dalam usaha nak menceburi bisnes sendiri, sebab dengan qualification yang ada agak mustahil bagi development career dan juga poket. Buat masa ni aku tak nampak progress aku akan kemana dengan kerja aku sekarang ni. Nak lompat bidang takut juga walaupun experience kerja tu boleh la tahan. Tambah-tambah lagi dengan situasi ekonomi sekarang sangat bahaya nak buat keputusan drastik. Susah juga jadi dewasa, semua keputusan kena ada timbang tara. Salah pilih jatuh gaung. Sebelum ni dah pernah rasa so aku tak mahu jatuh lagi, perit nak panjat weh. Aku tak kata yang aku dah fully keluar dari gaung sebelum ni jadi aku tak boleh terburu buat keputusan. Bisnes apa aku kurang pasti lagi nak masuk mana, tapi untuk safety aku mencari perniagaan yang boleh buat di waktu lapang selepas waktu kerja. Plan dah ada, aset dah ready tapi ilham tu belum keluar. 


Belasungkawa buatmu,

        2 minggu lepas aku terserempak satu berita dari seseorang yang aku sangat aku kenali, yang beliau telah tiada. Tersentak dengan berita tu sebab dia keluar dari newsfeed kawan beliau so aku cuba cari kepastian. Agak bersungguh juga aku mencari, tapi aku tak ada keberanian nak DM bertanya pasal berita tersebut walaupun aku ada kawan sekolah yang merupakan anak saudara kepada arwah. Mungkin rasa bersalah, takut nak hadapi realiti atau rasa tiada hak untuk bertanya lebih lanjut. Namun persoalan aku terjawab juga selepas pengumuman rasmi keluar seminggu selepas itu. Lega persoalan terjawab namun meruntun pilu bila seseorang yang pernah menjadi istimewa buat diri aku telah tiada di dunia ini. Ingin aku titipkan rasa simpati kepada keluarga arwah dan juga suami beliau namun aku hanya mampu mendoakan kesejahteraan mereka dan semoga tabah menghadapi kehilangan. Bila aku rasa sedih aku teringat suaminya mungkin lebih derita dari aku. Aku mendoakan beliau bersama orang-orang yang soleh.


Itu sajalah buat masa ni mungkin disambung di lain hari .

Thursday, April 28, 2016

Recap

Well . . Its been a while . .

Takde apa nak story sangat pun cuma nak singgah blog sendiri yang berhabuk ni. . ish. . penuh dengan sarang labah-labah. Haha. anyway bila aku baca balik entri sebelum ni yang dah masuk 8 bulan sebelum ni, dan aku faham apa itu takdir. dekat sini aku cuma ambil iktibar yang kita boleh berusaha & merancang segalanya namun Allah yang tentukan. Iye, pesanan itu bukan pesanan dongeng.


8 bulan selepas insiden . .

Kehidupan aku sama sahaja, kerja, bisnes, team dota. Semua dah jadi rutin harian. Merungut ? haha taklah walaupun penat gila tu ada tapi aku teruskan juga. Semasa 8 bulan ini aku lebih banyak sembunyi diri, tak sosial sangat. Entahlah, takda rasa nak bersosial. Selain isi masa lapang dengan Dota, aku tidur. Begitulah pusingan kehidupan. Perasaan ? iyelah, memang terasa kosong selepas insiden. Kehilangan orang yang membawa impak dalam kehidupan seharian ni macam perumpamaan dia kalau nak start enjin kereta tapi spark plug takde . hahaha teruk sangat akronim tu. Dan disebabkan insiden tu aku banyak marah diri sendiri, kenapa kau tak melawan kalau dia penting, kenapa aku tak buat itu, buat ini dan macam-macam lagi lah. Sampai sekarang pun tetap perasaan sama. Salahkan diri sendiri.


Hati yang gagal . . . .


Saat aku menulis hari ni, aku berharap aku rasa lebih lega. Dan aku nak buang tabiat stalk apa-apa mengenai leiya. tak baik tunangan orang ditenung lama lama . haha ! Biarlah, dia bahagia dgn lelaki yang dia pilih. Dan aku kena terima yang aku gagal buat dia bahagia masa perkenalan aku dgn dia. lebih banyak bergaduh ada lah. ha ha ha ! kalau ditanya sama ada nak hubungi dia ke tak, memang aku nak, tapi aku tak nak jadi beban. biarlah beban berat je aku tanggung ahahaha beban kena maki kena marah tu aku taknak .


8 bulan perubahan . .


Berat ? Baju ? Damn !! aku kena kuruskan balik . susah woi ! makan megi pun tambah berat badan ke? serius weh aku tak makan teruk sgt tapi sebab tidur, lepas tu kerja paperwork macam lahanat, duit kena catu sebab kegunaan bisnes famili. Damn man, still tambah berat, bank akaun tak berat pun ! Salah satu punca gak tapi terpaksa terima la kalau rezeki tu bukan untuk kau, apa boleh buat. haha . . aku malas nak cerita hal peribadi keluarga, sebab benda complicated ni takkan ada penyelesaian umpama ko harung lava dan ada satu jalan keluar je, kau kena harung dengan tabah dengan harapan kau dapat sampai ke jalan keluar. Haih. .


Sebelum aku kembali ke kehidupan . .


Aku banyak kali terserempak dengan perkataan "if she worth so much for you, fight for it !" . Bila terpandang je ayat tu aku senyum . Bukan nak kata penyataan tu salah, tapi cuma aku nak sambung kan ayat tu . Bunyinya macam ni, "If she worth so much for you, Fight for it ! BUT . you have to know when to stop if she doesn't need you anymore" Yes, dalam masa sekarang aku cuma katakan fight for my own life . Yelah, aku ada arah tuju, visi untuk maju ke hadapan. Bagi aku tak mengapa toleh sekejap masa lalu, yang penting itu untuk motivasikan diri untuk ke hadapan. Yes bro. We live to fight !

Sekian,



Monday, August 10, 2015

Friendzoned Suckss

Well..well..

its been a while I didn't use my blog to express things. Do I ? Ha ha ha..

Sebenarnya aku rasa tak patut nak tulis apa-apa pun. Kinda looks unmatured you know ? Tapi terpanggil rasa nak menulis disebabkan dah tiada tempat lagi untuk aku meluahkan. Iyelah, kau cakap dengan kawan kau, kawan kau dengan rasa bangga bagi solusi yang kalau ikut akal logik memanglah betul, nak terima tu alahaiii pedihnya nak telan. Semua manusia pernah melakukan kesilapan, begitu jugak aku ni. Tetapi di dalam proses menerima kesilapan tu kita selalu bertempur dengan hati dan akal. Hati kata lain, akal kata lain.

Okey lets get back to the main title,

Selama 3 tahun aku tak menulis ini, aku dah menempuhi bermacam liku-liku kehidupan. Biasalah, bila dah dewasa ni banyak benda yang nak tak nak kita terpaksa lalui. Macam cinta, kerja, famili, bisnes, kawan. Macam-macam. Dan dalam masa 3 tahun ni juga, aku mengenali seseorang ni, bermula sebagai kawan biasa asalnya melalui laman maya dari FB, Twitter & terus ke Whatsapp. Pada asalnya tu, aku dan dia cuma kawan (dia dah berpunya & aku pula tengah ada relationship), dari kolej sehinggalah masing-masing berkerjaya. Dan kami menjadi rapat bila setelah lama dia breakup dengan pasangan dia. Sebenarnya aku pun tak tahu macam mana kami boleh rapat, it out of sudden. Lupa kot ? LOL.


So, selama kami berkawan, dari belajar, menganggur sehinggalah bekerjaya, aku lihat dia grown up to be a fine woman. Kami berkongsi minat yang sama, iaitu dengar muzik indie. Dan aku memang selalu jadi pendengar setia ala-ala Dr. Fadhilah Kamsah tu bila setiap kali dia ada problem, kawan ke, kerja ke, teringat kat ex dia ke macam-macam lah. Aku sedar yang dia cuma kawan alam maya saja, tak lebih dari tu pun sehinggalah saat aku tergerak nak jumpa dia. Sebelum tu aku cuma anggap we dont have any attractions before.

So this what happens,

Been through as a consultant, aku banyak travelling especially through southern region Malaysia. Bila kerja swasta ni biasalah, kena perah tu perkara biasa, and she was a accountant based on her education. One day, aku menginap hotel that exactly very near to her. Ajaklah jumpa, kawan lama jumpa tak. Malam lepas aku pulang ke hotel, we set up to meet. This was the starting point yang aku sebenarnya tak sengaja nak buat. She gave me her location name, and I just guessing (bajet pandai) that we are nearby. Sebenarnya memang dekat sangat pun, tapi aku tak tahu jalan kawasan tu. Im seriously gambled. So it tooks me around 2 hours nak pick up dia. Padahal 10 minit je dari hotel. Dah le pakai Blackberry, GPS tah hapa hapa masa tu. Yep, masa ambil tu dia marah, but what can I do? Im not from around there. Okey at that time she brings her housemate. For the first time tu, I was like "Okey, takpe lagipun dah sampai lambat" and then respecting adab.

When our first time met, I was like . . . "OMG, she is gorgeous ! Apesal aku lambat sangat nak decide nak jumpa dia ni ?" and my heart is pounding. (whaaaat??) Ha Ha. Semua orang pernah rasa jangan nak tipu atau bajet cool. Tapi aku terkilan juga lah, duduk meja makan aku duk berdepan dengan kawan dia, yang dia duk sebelah kawan. Tertanya jugak, aku ni nak jumpa sapa sebenarnya ? 

Well, I try to be positive then, it turns out fine between us. But aku takut nak ke hadapan, aku dah kecewa banyak kali sebelum ini dan aku ni susah nak percaya orang. Trust me, aku boleh huhahuha, but it wasn't really me. Aku suka dia ni, tapi tulah, aku cakap nanti jadi apa pula ? First jumpa pun dah macam friendzone situation. LOL.

So sekali lagi aku turun ke situ, unfortunately dia kata dia balik kampung. Agak la sedih jugak, rindu kot hahahaha (mangkuk betul aku masa tu), sampaikan aku drive pusing-pusing around hotel end up kat rumah sewa dia tanpa sedar (WTF?) . Ini betul ni aku bukan buat cerita lawak, atau aku kena ketum ke malam tu. Takpelah aku fikir positive, memang betul la tu.

Kali ke tiga, this one memang rasa entah ler lagi la terasa friendzone, We agree to meet kat Aeon dekat dengan rumah sewa dia. I was thinking she will come alone, yelah datang kereta asing-asing kot. And the plan is we dinner and chitchat and then done. Guess what ? aku dah sampai, dia datang dengan 2 kawan dia, aku kenal dua-dua ni memang kawan baik dia. Tapi sedih la weh, kau memang boleh huhahuha, tapi aku tak pernah lagi keluar aku seorang, 3 perempuan. Satu je yang betul-betul kenal, yang lagi dua tu ? Aku terpaksa berlakon, taknak nampak 'ketidakselesaan' tu. Bila duduk semeja tu sekali lagi aku duk berdepan dengan kawan dia. "weh apa ni ? kot ye pun jangan la sekali lagi macam ni" . Bayangkan meja 4 segi, sebelah member dia, depan member dia, dia duk kanan sana. Aku nak cakap apaaaaaaaaaaaaaaaa!!! Lepas tu sempat lagi tu, cerita pasal ex dia through whatsapp, eh depan2 kut kejadah nye ni. Kecewa tahap maksima tapi aku tahan, aku senyum je. Lepas makan tu, aku pun bayarlah semua (wrong move Mr. Nice Guy). Iye memang masa tu aku baru berjalan dengan dia, tapi kecewa gila tu tak dapat bendung dah kemarahan, Rasa macam, kalau nak friendzone kenapa sampai teruk sekali kau buat aku macam ni ? Macam tak percaya aku, macam tak hormat aku. Aku pendamkan macam tu je. Sabar la weh sabar.

Fasa tu memang agak tertekan, tapi aku cuba lagi bertahan. .


Sampailah satu tahap, aku dengan dia dah lama tak berhubung. Dia pula masa tu ada konvokesyen, aku cuba jugalah call and whatsapp nak say congratz, tapi biasalah, friendzone kau nak expect apa ? Worst la kan ? Dan beberapa ketika kemudian, dia whatsapp, masalah ex dia. Aku masa tu dah tak boleh tahan lagi, aku luahkan kemarahan aku. Kalau dia hanya datang bila nak cerita masalah dia, this is enough. Memang asal aku kerja consultant, but I don't do it for free. Cara dia pun tak hormat aku walaupun sekadar kawan, apa ingat aku ni apa? We fight about it. last sekali aku bagitau aku yang aku suka dia. Then dia kata dia nak pergi dari hidup aku. Seriously bro, aku time tu aku fikir memang patut we end up. Sedih but not for a while, manage to move on and continue my life.

Aku buat kesilapan besar, betul-betul silap selepas itu. .

After a month of silence, she shows up. Masa tu aku tengah berjimba dengan bestfriend aku dekat Glorious Night di SACC. Tengah best gila tu dia whatsapp aku, aku pun macam weh apahal kau ni ? Tapi takpelah layan gitu2 je. After the show, she talks, how we are long time ago. She misses that. Aku pun bodoh, pergi mengaku jugak. Selenge aku ni haha. She wants us to be same like before, Dan bodohnya aku pun kata aku boleh accept as long as you accept the truth that I like you. Aku tak tahu yang the "like" atau suka tu biasa je. She accepts it and we get back just like before


Kononnya honeymoon, tak tahu pula petanda bulan nak langgar bumi tu. .

Recently, aku yakin dah dengan diri dan aku rasa kali ini aku tak tersilap kali ini. Aku confess dengan dia before the Ramadhan. Yep, masa tu aku rasa "if she come back to you, maybe she really is the one, forget and forgive what happen before, its time for new chapter". Masa tulah, aku berkias dengan dia. And she gets it. But the answers is not always an happy ending. aku masih lagi fikir positif, she needs time to think. Until 2 weeks after the confession, she asks me. Kalau dia marry with other guy, would I accept it ? I didn't know it was a killer question. I just tell her what as a Muslim need to say, nak tak nak jodoh kita kena terima walaupun perit saya nak telan. Iyelah, if her parents say marry with this guy, takkan aku nak jadi hero hindustan kot ? and then she says okey. At end of the week, she whatsapp me and want to say something important. Aku pun tertanya la kenapa, hati tu dah debar-debar dah sebab it sounds not so good. And then BAMM !! She wants to get engaged with other guy. Time tu perasaan tu Allah je la tahu. Aku dah plan nak beraya rumah la sebab nak kenal family la, simpan duit la apa la semua berkecai. Kecewa tu sampai sebulan aku jadi biol.

The fights, quarrel continues..

Aku macam tak percaya, serius. Masa tu tengah bermacam masalah melanda, Dan BAMM !! dia pula. WTF is this ? Aku cuba express terkilan aku kat Twitter, then she reads it lepas tu pagi besok 36 whatsapp chat dari dia. Dia pula salahkan aku "its too late" "kau mangkuk tak bagitahu yang you are loving me". And the fights continues again and again, dia kata dia boleh buat apa ? say YES already. Ye lah, kenapa nak baca twitter aku. kalau kau dah tak sayang kau nak juga baca twitter aku kenapa ???! Tahulah tak suka orang bercakap pasal kau, dah tu masa kau terima tu kenapa tak mengaku je, ye saya say YES without thinking about Zul at all. Kan senang ? Aku buntu masa tu, kenapa jadi macam ni ? bila aku yakin je mesti jadi macam ni. Aku yang selalu confidence level high terus drop low gila. Sampai macam ni sekali permainan. Dan ayat dia yang paling perit aku nak telan tu dia rasa aku ni like "kekasih gelap" or "kekasih tak pasti". Dah macam lagu Sheila On 7 pulak.

Dan aku hampir hilang pertimbangan, nasib ada sahabat yang membantu. .

Aku hampir hilang pertimbangan, niat dah sampai nak keluarkan semua duit dan terus jumpa her parents, selamat akal masih waras. Jumpa dan tanya pendapat, semua mengatakan it doesn't worth it at all. If she really are into you, kenapa dia boleh berubah secepat begitu sedangkan kau ada dengan dia for almost 3 years? Takkan kau tak faham yang kau ni takde apa-apa nilai untuk dia. Kalaupun dia pernah rasa sayang dengan kau, pernah ke dia tunjuk peluang untuk kau dekat dengan dia lebih dari kawan ? dan member paling rapat dan kerja sekali dengan aku dan tahu our story sampai tolong member nampak look cool on first date, katanya aku dah lama tak suka dia tu. Dah ada depan mata dia pergi cari orang lain. Aku terdiam.

Hati memang degil, susah difahami. .

Aku terus terang bagitahu, orang boleh label dia apa pun tapi aku kenal dia bukan begitu. Cuma bila difikirkan kembali aku tak patut ada perasaan dengan dia, Aku tahu dia anggap aku kawan sahaja. Sepatutnya dia terus bagitau yang dia takde rasa apa pun dengan aku. It would be a simple solution. Sama juga dia bagitau bila dia terpaksa akhirnya mengaku. Siapa nak gaduh dengan orang dia sayang? Sama juga bagi dia tak perlu tweet yg aku terlalu lewat untuk semua tu, aku nampak dia rasa seperti dia pernah kutuk ex dia sebab tinggal dia itu ini, dan secara tidak sedar dia pun melakukan perkara yang sama. Itu yang aku nampak aje lah, tanggapan dan bukan 100% betul. Lagipun kalau dia tak yakin dengan aku, bagaimana nanti kalau semua ini jadi sebaliknya?

Aku berusaha untuk keluar dari semua ini . . .

Aku masih dalam proses pulih diri, berat nak lalui. Tambahan pula perit nak telan semua ini, aku cuma mengharapkan hati ini cuba bertenang dari semua dugaan ini. Orang boleh cakap macam-macam. Tak apalah mulut orang. Sabar. Bila kita perhati dia dengan orang lain, sakit memang sakit tapi masih lagi relakan kebahagiaan orang. Kesal semuanya tak end up dengan baik .








Monday, January 23, 2012

No title~~

~Aku rasa kehadiran kau hanya buat semak kepala otak aku kau tahu tak? Ko tahu tak masa dulu kau datang kat aku macam mana?? Dengan muke innocent kau tu, kau datang nak kawan dengan aku...aku tak kisah sebab aku rasa ape salahnya berkawan walaupun kau tu dah berpunya...tapi disebabkan aku dan kau telebih rapat sehinggakan aku yang sepatutnya tahan perasaan aku daripada jatuh sayang kat kau akhirnya tertumpah jugak...aku tak tahu kenapa tapi aku faham satu jer..itulah perancangan kau yang sebenarnya kan???

          Aku memang selama aku hidup kini aku da jumpa bermacam spesies orang kat dunia ni, cuma aku tak sangka selama ni aku berlaku jujur dengan orang yang salah..aku tak pernah katakan ayat-ayat yang memalukan kau,,tapi kau, kau tak pernah dengar atau gunakan akal kau untuk berfikir secara waras dan adil..

         Aku tumpang seronok dan suka walaupun dulu aku cukup sakkkkiiiitttt hati bila kau katakan yang budak lelaki itulah yang jaga kau sebenarnya...aku dah puas merayu dengan kau, dan bila aku dapat berita ini, aku rasa menyesal sangat-sangat kenapa kau gunakan aku untuk kepentingan kau selama ni...semua lelaki kau nak buat macam tu kan?? kau ni satu lagila nak pesan, hidup jangan terlalu menongkat langit laa~~kau kata kat aku yang kau tak nak susahkan aku dan tak nak termakan budi aku, tapi aku rasa sampai sekarang kau tetap menyusahkan aku kau tahu tak!! kau suruh la budak lelaki yang kau manjekan sangat tu buat keje untuk kau, aku takde kene mengena dengan kau tahu  tak!!!! kau takde tunjukkan fungsi kau dalam syarikat dan kau hanyalah seronok bersuka ria dengan orang lain...kau tahu tak sampai sekarang kau tetap menyusahkan aku tahu tak~~kalau kau nak bongkak, riak dengan orang lain kau silap besarlah...kau tu memang hidup bergantung dengan orang lain...selama setahun aku kenal sangat perangai kau tu wey, kau menumpang kesenangan pakwe kau tu...kau tak layak tunjukkan barang-barang mahal depan orang lain sebab kau memang tak layak!! kau takkan mampu jadi macam aku yang bergantung pada diri sendiri...have a shame for yourself!! you don't deserve to be a hottest girl that you want to show to everyone!!


      Aku tahu semua pasal kau dulu dan sekarang tapi dulu aku rasakan tak patot hukum orang macam tu jek sebab semua orang bukan perfect, tapi sekarang pemikiran aku berubah yang kau memang tak layak untuk diberi peluang begitu....jangan sebut Tuhan di depan aku sebab kau tak layak nk bandingkan aku dengan kau...sekarang kau cube hasut budak-budak yang lain yang aku budak lelaki jahat, walhal kau tu yang tak pernah ambik tau dan kenal aku dari dalam...thanks la because bukan aku tau ape sebnarnya sifat kau sebenar...


         Aku mintak maaf kalau kau terbaca post ni~~tapi ini luahan hati aku sendiri...lepas ni aku takkan menyusahkan diri aku sendiri untuk tolong kau yang tak bersyukur dengan apa yang kau dapat...aku mintak maaf aku bukan kaya macam budak lelaki tu boleyh bawak kau jalan merata yang kau suka(lau nak berkira aku boley bawak kau kemana kau nak tapi aku taknak buat macam tu sebab aku risaukan kau bile time susah aku ade sumber untuk tolong kau)..tapi aku knal korang berdua yang korang hanya bergantung pada orang lain untuk kesenangan korang...aku bersyukur aku hidup susah tapi aku tak bergantung pada siapa-siapa untuk hidup di atas muka bumi Allah ni...


~SEKIAN~