Tuesday, February 16, 2021

Welcome 3 series

 

Salam diari berhabuk,

        Tiba-tiba terdetik hati nak buka blogspot ni. Tengah berkhayal kekenyangan sebab pekena nasi lemak dua bungkus teringat nak singgah sekejap blog. Dah 2021 rupanya, update terakhir blog pun 5 tahun lepas. Agak lama dah berkulat dah blog ni, umur pun dah masuk 30. Alhamdullilah banyak sangat perkara berlaku dalam kehidupan dan masih kuat mengharungi cabaran hidup. Karier pun dah berubah, dari Business Development Exec ke Vet Assistant, kembali ke karier yang sepatutnya walaupun minat tu kurang sikit berbanding kerja dahulu. Tapi bukan senang nak cari kerja yang memang kena dengan minat sebab peluang tak banyak, iyelah dengan masalah ekonomi tahun 2017-2018 dan pandemik dari 2020 sampailah sekarang. But yeah, I still survived through all this. 


Hamba duit,

        Bila pilihan tak berapa nak ada, apa peluang yang ada terpaksa lah aku ambil. Bil-bil nak kena bayar dengan sewa rumah pun kena bayar. Semua perlukan wang, betul wang tak boleh bahagiakan kehidupan tapi hidup kena ada wang. So end up jadilah hamba duit. Tu belum cerita kalau nak dirikan rumah tangga lagilah nak pakai duit. Tapi aku tak fikir nak kahwin lagi la walaupun usia dah 30 ni, aku tak rasa bersedia lagi dan hati aku tak terbuka untuk sesiapa. Sukar sedikit, mungkin luka lama belum sembuh atau diri aku sendiri belum sedia nak mencari. Lagipun dengan keadaan dunia sekarang buat diri tersempit sedikit, macam aku katakanlah hamba duit. Menyesal juga tak belajar ilmu life financing ni, sangatlah penting rupanya tapi tak apa experience is the best teacher. Lebih baik terkena sekarang dari berlaku lepas umur 35 keatas, yang itu lagi bahaya. 


Hardship & future plan,

        Buat masa ni aku cuma fokus diri sendiri bagi aku itu jalan yang terbaik yang aku ada. Dengan cabaran yang sangat banyak ni aku lebih fokus selesaikan satu persatu, nak harung semua serentak bagi aku mustahil sebab diluar kemampuan diri. Aku dalam usaha nak menceburi bisnes sendiri, sebab dengan qualification yang ada agak mustahil bagi development career dan juga poket. Buat masa ni aku tak nampak progress aku akan kemana dengan kerja aku sekarang ni. Nak lompat bidang takut juga walaupun experience kerja tu boleh la tahan. Tambah-tambah lagi dengan situasi ekonomi sekarang sangat bahaya nak buat keputusan drastik. Susah juga jadi dewasa, semua keputusan kena ada timbang tara. Salah pilih jatuh gaung. Sebelum ni dah pernah rasa so aku tak mahu jatuh lagi, perit nak panjat weh. Aku tak kata yang aku dah fully keluar dari gaung sebelum ni jadi aku tak boleh terburu buat keputusan. Bisnes apa aku kurang pasti lagi nak masuk mana, tapi untuk safety aku mencari perniagaan yang boleh buat di waktu lapang selepas waktu kerja. Plan dah ada, aset dah ready tapi ilham tu belum keluar. 


Belasungkawa buatmu,

        2 minggu lepas aku terserempak satu berita dari seseorang yang aku sangat aku kenali, yang beliau telah tiada. Tersentak dengan berita tu sebab dia keluar dari newsfeed kawan beliau so aku cuba cari kepastian. Agak bersungguh juga aku mencari, tapi aku tak ada keberanian nak DM bertanya pasal berita tersebut walaupun aku ada kawan sekolah yang merupakan anak saudara kepada arwah. Mungkin rasa bersalah, takut nak hadapi realiti atau rasa tiada hak untuk bertanya lebih lanjut. Namun persoalan aku terjawab juga selepas pengumuman rasmi keluar seminggu selepas itu. Lega persoalan terjawab namun meruntun pilu bila seseorang yang pernah menjadi istimewa buat diri aku telah tiada di dunia ini. Ingin aku titipkan rasa simpati kepada keluarga arwah dan juga suami beliau namun aku hanya mampu mendoakan kesejahteraan mereka dan semoga tabah menghadapi kehilangan. Bila aku rasa sedih aku teringat suaminya mungkin lebih derita dari aku. Aku mendoakan beliau bersama orang-orang yang soleh.


Itu sajalah buat masa ni mungkin disambung di lain hari .

No comments: