Thursday, April 28, 2016

Recap

Well . . Its been a while . .

Takde apa nak story sangat pun cuma nak singgah blog sendiri yang berhabuk ni. . ish. . penuh dengan sarang labah-labah. Haha. anyway bila aku baca balik entri sebelum ni yang dah masuk 8 bulan sebelum ni, dan aku faham apa itu takdir. dekat sini aku cuma ambil iktibar yang kita boleh berusaha & merancang segalanya namun Allah yang tentukan. Iye, pesanan itu bukan pesanan dongeng.


8 bulan selepas insiden . .

Kehidupan aku sama sahaja, kerja, bisnes, team dota. Semua dah jadi rutin harian. Merungut ? haha taklah walaupun penat gila tu ada tapi aku teruskan juga. Semasa 8 bulan ini aku lebih banyak sembunyi diri, tak sosial sangat. Entahlah, takda rasa nak bersosial. Selain isi masa lapang dengan Dota, aku tidur. Begitulah pusingan kehidupan. Perasaan ? iyelah, memang terasa kosong selepas insiden. Kehilangan orang yang membawa impak dalam kehidupan seharian ni macam perumpamaan dia kalau nak start enjin kereta tapi spark plug takde . hahaha teruk sangat akronim tu. Dan disebabkan insiden tu aku banyak marah diri sendiri, kenapa kau tak melawan kalau dia penting, kenapa aku tak buat itu, buat ini dan macam-macam lagi lah. Sampai sekarang pun tetap perasaan sama. Salahkan diri sendiri.


Hati yang gagal . . . .


Saat aku menulis hari ni, aku berharap aku rasa lebih lega. Dan aku nak buang tabiat stalk apa-apa mengenai leiya. tak baik tunangan orang ditenung lama lama . haha ! Biarlah, dia bahagia dgn lelaki yang dia pilih. Dan aku kena terima yang aku gagal buat dia bahagia masa perkenalan aku dgn dia. lebih banyak bergaduh ada lah. ha ha ha ! kalau ditanya sama ada nak hubungi dia ke tak, memang aku nak, tapi aku tak nak jadi beban. biarlah beban berat je aku tanggung ahahaha beban kena maki kena marah tu aku taknak .


8 bulan perubahan . .


Berat ? Baju ? Damn !! aku kena kuruskan balik . susah woi ! makan megi pun tambah berat badan ke? serius weh aku tak makan teruk sgt tapi sebab tidur, lepas tu kerja paperwork macam lahanat, duit kena catu sebab kegunaan bisnes famili. Damn man, still tambah berat, bank akaun tak berat pun ! Salah satu punca gak tapi terpaksa terima la kalau rezeki tu bukan untuk kau, apa boleh buat. haha . . aku malas nak cerita hal peribadi keluarga, sebab benda complicated ni takkan ada penyelesaian umpama ko harung lava dan ada satu jalan keluar je, kau kena harung dengan tabah dengan harapan kau dapat sampai ke jalan keluar. Haih. .


Sebelum aku kembali ke kehidupan . .


Aku banyak kali terserempak dengan perkataan "if she worth so much for you, fight for it !" . Bila terpandang je ayat tu aku senyum . Bukan nak kata penyataan tu salah, tapi cuma aku nak sambung kan ayat tu . Bunyinya macam ni, "If she worth so much for you, Fight for it ! BUT . you have to know when to stop if she doesn't need you anymore" Yes, dalam masa sekarang aku cuma katakan fight for my own life . Yelah, aku ada arah tuju, visi untuk maju ke hadapan. Bagi aku tak mengapa toleh sekejap masa lalu, yang penting itu untuk motivasikan diri untuk ke hadapan. Yes bro. We live to fight !

Sekian,



No comments: